Quantcast
Channel: Resipi Citarasawan
Viewing all 1300 articles
Browse latest View live

Ayam Paprik Ala Thai

$
0
0

Ayam Paprik Ala Thai

Bahan-bahan
2 keping dada ayam - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris
2 ulas bawang merah - di hiris
1/2in halia - hiris halus
1/2 labu bawang besar - dibelah memanjang
1 biji cili merah - dihiris serong
4 biji cili padi - di ketuk sedikit
1 batang serai - di ketuk
2 helai daun limau purut
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit garam
1/2 cawan air

Sayuran-sayuran
Bunga kobis - potong kecil
2 biji putik jagung - dihiris
1/2 biji karot - dihiris memanjang
2 tangkai kacang panjang - dipotong 1 inci

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak, goreng hirisan ayam hingga berubah warna menjadi keputihan.  Tos dan ketepikan.
2.  Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
3.  Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4.  Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap. Masukkan isi ayam dan gaul hingga rata.
5.  Masukkan air, serai dan daun limau purut, biar mereneh, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.  Kacau rata.
6.  Masukkan bawang besar dan sayuran-sayuran yang di hiris.  Tambahkan sedikit air jika kuah agak pekat.  Masak hingga sayuran empuk.
7.  Hidang bersama nasi putih.
 Ayam Paprik Ala Thai

Mango Float

$
0
0

Mango Float

Bahan-bahan
1 cawan UHT whipping cream
3/4 cawan susu pekat manis
200gm cream cheese - lembutkan pada suhu bilik
200gm biskut cream crackers
2 biji mangga - Hiris memanjang
2 keping biskut cream cracker - hancurkan

Loyang Segi 9 x 3 x 3 - Alas plastik, 1in melebihi tinggi loyang
atau loose base tin (supaya senang mengeluarkannya)

Cara-cara :
1.  Putar whipping cream hingga pekat.  Ketepikan.
2.  Putar cream cheese hingga licin dan tidak berketul.  Masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati.  Masukkan whipping cream tadi dan kaup balik hingga sebati.

3.  Atur kepingan biskut ke dalam loyang, masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
4.  Kemudian atur hirisan mangga di atasnya.  Ulangi langkah 3 dan 4 hingga habis.
5.  Untuk lapisan atas, ratakan adunan cream cheese dan tabur dengan serbuk cream crackers.
6.  Tutup loyang dengan plastik wrap dan simpan di dalam freezer selama 1 jam atau di tempat chiller 5-6 jam hingga mengeras sebelum di keluarkan dari acuan.

7.  Untuk mengeluarkannya tarik kedua lebihan tepi plastik dan angkat keluar.  Potong dan hidang dengan potongan manga dadu.

** Mango float boleh juga di isi di dalam bekas kecil atau jar
Mango Float


Sambal Udang Petai

$
0
0

Sambal Udang Petai

Bahan-bahan
250gm udang - bersihkan
5 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in belacan
1 labu bawang besar hiris bulat
1/4 cawan air asam jawa
sedikit serbuk kunyit
garam dan serbuk perasa secukupnya
1 cawan air
1 sudu besar gula
garam secukupnya
1 pack kecil petai - belah 

Cara-cara :
1.  Kisar bawang besar, belacan, bawang merah dan bawang putih dengan sedikit air.
2.  Panaskan minyak, tumis cili kisar dan bawang kisar hingga pecah minyak.  Masukkan sedikit serbuk kunyit.
3.  Masukkan air dan biar mereneh dan pecah minyak.  Masukkan air asam jawa, garam dan gula, gaul rata.  Masukkan udang, bawang hiris dan petai.
4.  Masak sehingga sambal agak pekat.
 Sambal Udang Petai

Sup Ketam Vietnam

$
0
0

Sup Ketam Vietnam

Bahan-bahan
3 ekor ketam - di potong
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
3 cawan air
1/2 batang leek - di potong
1 tangkai daun sup dan daun bawang - di potong
1/2 batang carrot - di potong
1 biji telur - pukul ringan
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air
garam dan serbuk perasa ayam

Cara-cara :
1.  Hiris halus bawang merah, bawang putih dan halia.  Kemudian tumis hingga naik bau.
2.  Masukkan air, leek, carrot dan ketam.  Masak hingga mendidih.
3.  Angkat ketam keluar.  Renehkan supnya dengan api perlahan dan tuang bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
4.  Kuatkan api dan tuang telur, biar mendidih.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
5.  Masukkan kembali ketam dan biar mereneh sebentar.
6.  Hidang dengan taburan daun bawang dan daun sup.

 Sup Ketam Vietnam

Biskut Untaian Colour Star

$
0
0

Biskut Untaian Colour Star
Resipi asal :  Biskut Untaian FB Haida Rifqi

Bahan-bahan
250gm mentega
110gm gula aising (1 cawan)
1 biji kuning telur
170gm tepung jagung (1 1/2 cawan atau 2 cawan untuk lebih gebu)
330gm tepung gandum (3 cawan)

Nozzle 866 atau 4T
Hiasan :  Colour star secukupnya

Cara-cara :
1.  Krimkan mentega dan gula aising dengan senduk kayu hingga rata, kemudian masukkan kuning telur.  Kacau sebati.
2.  Masukan kedua tepung yang di ayak sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit mengikut bentuk yang di sukai.  Hias dengan colour star.
4.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C di rak tengah selama 20-25 minit.
Biskut Untaian Colour Star


Puding Laici / Laychee Pudding

$
0
0

Puding Laici / Laychee Pudding

Bahan Lapisan Atas
10gm serbuk agar-agar
600ml air
100ml sirap laici
120gm gula pasir
pewarna ungu

1 tin laici (Toskan sirapnya untuk lapisan atas dan bawah)
Buah laici di bahagi 2 bahagian (1/2 untuk hiasan dan 1/2 untuk di kisar)

Bahan Lapisan Bawah
15gm serbuk agar-agar
500ml air
200ml sirap laici *
10 biji buah laici*
120gm gula pasir
200ml susu sejat Ideal

Loyang 9in atau acuan kecil di basahkan dahulu

Cara-cara :
1.  Atur buah laici di dalam loyang ketepikan.
2.  Masak bahan lapisan atas hingga mendidih.  Masukkan pewarna yang di sukai.
3.  Tuang sedikit agar-agar ke dasar loyang, tetapi tidak melepasi ketinggian buah laici.  Biarkan agar-agar set (stabil) baru di tuang baki agar-agar (ini untuk mengelakkan buah laici terapung dan berada pada kedudukannya.
4.  Untuk lapisan bawah, kisar sirap laici bersama buah laici.  ketepikan.
5.  Masak serbuk agar-agar, air dan gula hingga mendidih.  Masukkan susu cair dan buah laici yang di kisar.  Kacau rata dan tuang ke atas lapisan atas tadi.
6.  Biarkan suam dahulu sebelum di simpan di dalam peti sejuk.  Bila beku keluarkan dari acuan.
Puding Laici / Laychee Pudding






Biskut Coklat Kacang Shandong

$
0
0


Biskut Coklat Kacang Shandong

Bahan A
160gm mentega
1/8 tsp esen vanila
60gm gula ising

Bahan B
190gm tepung gandum
40gm tepung jagung
40gm kacang tanah di kisar halus
1/8 tsp baking powder

Bahan C - Kacang Shandong (bentuk bujur dn panjang) - bakar dahulu
200gm coklat masakan hitam - cairkan 

Hiasan :  Coklat masakan hitam dan putih, kacang tanah cincang

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Ambil 1 sudu teh doh, masukkan kacang shandong dan gentel bentuk bujur.
2.  Susun dalam loyang pembakar yang telah di gris dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau keperangan.
3.  Sejukkan dahulu dan celup biskut ke dalam coklat masakan cair, kemudian golekkan ke dalam kacang tahan cincang.
4.  Paip coklat masakan putih dan hitam sebagai hiasan.

*** Adunan yang dicampur serbuk kekacang biasanya agak kering selepas 2 jam, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.
 Biskut Coklat Kacang Shandong

Biskut Crunchy Oreo / Oreo Crunchy Cookies

$
0
0

Biskut Crunchy Oreo / Oreo Crunchy Cookies

Bahan A
200gm mentega
10gm shortening
110gm gula kaster
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B
250gm tepung gandum
30gm tepung jagung
30gm cornflakes - kisar halus
30gm serbuk badam - di sangai
30gm serbuk oreo
1/4 sudu teh baking powder

Hiasan :  Coklat masakan putih (di cairkan), serbuk oreo

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.
2.  Canai dan terap.  Susun di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150C selama 25-30minit hingga masak.
3.  Sejukkan dahulu.  Pipe di atasnya dengan coklat masakan putih dan tabur serbuk oreo sebagai hiasan.
4.  Simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Crunchy Oreo / Oreo Crunchy Cookies

Biskut Tiramisu / Tiramisu Cookies

$
0
0

Biskut Tiramisu / Tiramisu Cookies
Recipe by K1@Citarasawan

Bahan A
180gm mentega
20gm shortening
50gm keju krim - lembutkan pada suhu bilik**
140 gm gula kaster
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk nescafe - kisar halus
1 sudu teh esen kopi / coffee emulco

Bahan B
300gm tepung gandum
50gm tepung kentang
20gm coffee mate / susu tepung
1/2 sudu teh serbuk penaik

Hiasan :  Coklat masakan putih, hitam dan coklat rice

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim dan sebati.
2.  Masukkan bahan B dan gaul rata hingga menjadi doh.  Ambil 10gm doh dan bulatkan.  Tekan bahagian tengahnya membentuk lubang. 
3.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25 minit.
4.  Sejukkan biskut, pipekan coklat masakan putih di tengahnya dan tabur coklat rice di atasnya.
5.  Drizzle dengan coklat putih / hitam, biar coklat mengeras sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
 Biskut Tiramisu / Tiramisu Cookies

Biskut Red Velvet White Chocolate Chips Cookies

$
0
0

Biskut Red Velvet White Chocolate Chips Cookies
Olahan dari :  Cookingclassy.com

Bahan-bahan
200gm mentega
30gm shortening
220gm gula pasir
1 biji telur A
300gm tepung gandum
20gm serbuk koko
50gm tepung jagung
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
100gm coklat chips putih

Hiasan :  Coklat chips putih secukupnya.

Cara-cara :
1.  Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur, esen vanila, cuka dan serbuk pewarna.  Putar hingga rata dan sebati.
2.  Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam.  Masukkan coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat chips di atasnya.  Jaraknya kerana biskut mengembang.
4.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 15-20 minit.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Red Velvet White Chocolate Chips Cookies


Biskut Brownie Coklat Gajus / Brownie Cashewnut Chocolate Cookies

$
0
0

Biskut Brownie Coklat Gajus /  Brownie Cashewnut Chocolate Cookies
Recipe by K1@ Citarasawan

Bahan-bahan
250gm mentega
180gm gula perang
100gm coklat masakan di sagat
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
260gm tepung gandum
50gm serbuk koko
30gm serbuk kacang gajus - sangai dahulu

Hiasan :  Coklat masakan putih (di cairkan) dan biji gajus

Cara-cara :
1.  Ayak tepung dan serbuk koko.  Satukan bersama serbuk kacang gajus.  Gaul rata dan ketepikan.
2.  Pukul mentega dan gula perang hingga berkrim.  Masukkan telur, putar sebati.  Masukkan coklat masakan sagat dan putar hingga rata.
3.  Masukkan adunan mentega ke dalam tepung dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
4.  Ambil doh seberat 10gm dan bulatkan.  Tekan atasnya dengan biji gajus sebagai hiasan.
5.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 25-30 minit hingga masak.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di celup tepi biskut dengan coklat masakan putih.
7.  Simpan dalam bekas kedap udara.
 Biskut Brownie Coklat Gajus /  Brownie Cashewnut Chocolate Cookies

Biskut Badam Ceri / Almond Cerry Cookies

$
0
0

Biskut Badam Ceri / Almond Cherry Cookies
Recipe by K1 @ Citarasawan

Bahan-bahan
250gm mentega
20gm shortening
160gm gula perang
300gm tepung gandum
30gm tepung jagung

Hiasan :  Putih telur, ceri merah dan badam cincang

Cara-cara :
1.  Pukul mentega,shortening dan gula perang hingga berkrim.
2.  Gaul kan adunan mentega dan tepung yang di ayak hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan doh selama 15 minit di dalam peti sejuk.
4.  Ambil doh seberat 10gm, gentel bulat.  Celup di dalam putih telur dan golek di dalam badam cincang.  Tekan dengan ceri merah di tengahnya.
5.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25minit hingga masak.
6.  Simpan dalam bekas kedap udara.
 Biskut Badam Ceri / Almond Cerry Cookies

Biskut Suji Pandan / Pandan Semolina Cookies

$
0
0

Biskut Suji Pandan / Pandan Semolina Cookies
Sumber :  Majalah RASA

Bahan A
200gm mentega
30gm minyak sapi
60gm gula aising
1/2 sudu teh pewarna hijau epal
1/2 sudu teh pandan emulco

Bahan B
260gm tepung gandum
100gm tepung jagung
60gm tepung suji / semolina
40gm serbuk badam - sangai

Hiasan :  manik berwarna hundred thousand, coklat masakan putih cair

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.
2.  Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3.  Rehatkan adunan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
4.  Canai dan terap dengan acuan di sukai.
5.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20-25minit.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di celup tepinya dengan coklat masakan cair dan hias dengan manik hundred thousand
Biskut Suji Pandan / Pandan Semolina Cookies




Biskut Florentine / Crunchy Caramel Almond Cookies

$
0
0

Biskut Florentine / Crunchy Caramel Almond Cookies
Sumber :  Juicy Cafe

Bahan-bahan
150 gm tepung florenta
100 gm kepingan badam*
70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
10 gm bijan hitam
10 gm bijan putih

Cara-cara :
1. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak ya.
2. Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.
3. Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.

5. Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.
 Biskut Florentine / Crunchy Caramel Almond Cookies

Agar-agar Ceri Laici Yeos

$
0
0

Nak cuba agar-agar ceri laici YEOS ? , cukup ringkas,  K1 hanya menggunakan produk minuman laici untuk membuat agar-agar comel ini.  Dari minuman laici kepada pencuci mulut berperisa laici yang enak, tanpa perlu menambah apa-apa perisa lain, rasa dan aroma laici sudah cukup untuk menjadikan agar-agar ringkas ini cukup segar dan enak, di hias ceri merah dan hijau sebagai penambah seri .. bagaimana jika mencubanya buat hidangan tetamu di lembaran nanti pasti ada yang teruja dengan penampilan agar-agar ceri laici YEOS yang ceria ini.. Minuman laici YEOS bukan sekadar minuman saja, ia boleh di jadikan pencuci mulut yang enak :D

Agar-agar Ceri Laici Yeo's

Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
700ml minuman laici Yeo's
150gm gula pasir
2 helai daun pandan
Pewarna merah dan hijau

 Hiasan :  Maraschino ceri secukupnya
 Acuan kecil

Cara-cara :
1.  Masak serbuk agar-agar, minuman laici, gula dan daun pandan hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan.
2.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu agar-agar jernih dan satu bahagian di campurkan pewarna.
3.  Tuang 1/2 agar-agar jernih ke dalam acuan, biar membeku.
4.  Letak sebiji ceri di atasnya, cucuk dengan lidi supaya buah ceri tidak jatuh.
5. Kemudian tuang agar-agar berwarna hingga memenuhi acuan.  Biar mengeras dan simpan di dalam peti sejuk.  Keluarkan lidi pencucuk sebelum di hidangkan.

Agar-agar Ceri Laici Yeos

Kuih Kaya Gerodak Keledek Kukus

$
0
0

Kuih Kaya Gerodak Keledek Kukus

Bahan-Bahan:
500gm ubi keledek 
4 biji telur itik
9 biji telur ayam
2 helai daun pandan / daun sireh
200ml santan KARA (1 kotak kecil)
1 cawan gula merah / gula melaka (250gm)
1/3 cawan gula pasir (70gm)
1/2 cawan air
1 sudu besar air kapur
1/4 sudu teh garam
6 kuntum bunga cengkih

Loyang 9in di alas dengan plastik

Cara-cara :
1. Masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan bunga cengkih dengan air sehingga gula larut dan simpan semalaman.
2.  Potong ubi keledek 1 1/2 inci panjang.  Kemudian celur separuh masak.  Toskan dan masukkan ke dalam loyang.
3.  Satukan telur, air kapur dan garam,  pukul ringan.   Masukkan santan dan sirap gula melaka.  Kocok hingga sebati.  Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi keledek.
4.  Panaskan kukusan dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.  Cucuk dengan lidi, jika tidak melekat bolehlah di angkat.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Kuih Kaya Gerodak Keledek Kukus

Biskut Pistachios / Pistachios Cookies

$
0
0

Biskut Pistachios / Pistachios Cookies

Bahan A
230gm mentega
20gm shortening
120gm gula kaster
2 biji kuning telor
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil pewarna hijau apple

Bahan B - Satukan
80gm kacang pistachios - kisar halus
90gm cheese crakers - kisar halus
90gm cornflakes - kisar halus
330gm tepung gandum - ayak

Hiasan :  Coklat masakan putih cair dan kacang pistachios cincang

Cara-cara :
1.  Pukul bahan A hingga berkrim.  Masukkan bahan B dan uli menjadi doh.
2.  Rehatkan doh selama 15min dalam peti sejuk.
3.  Canai dan terap mengikut suka.  Sapu sedikit kuning telor di atasnya.
4.  Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.
5.  Sejukkan dahulu kemudian pipe sedikit coklat masakan dan tabur dengan kacang pistachios cincang.
6.  Simpan dalam bekas kedap udara.

Note :  Kacang pistachios di cincang dan di bakar sebentar pada suhu rendah 120C selama 5minit sebelum di tabur ke atas biskut.

Biskut Pistachios / Pistachios Cookies

Biskut Kacang Tanah Tradisi / Traditional Peanut Cookies

$
0
0

Biskut Kacang Tanah Tradisi  / Traditional Peanut Cookies

Bahan-bahan
140gm tepung gandum - ayak
125gm gula aising
130gm peanut butter
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanila
100gm serbuk kacang tanah
200ml minyak jagung

Hiasan :  Kacang tanah secukupnya

Cara-cara :
1.  Pukul peanut butter dan gula aising hingga rata.
2.  Masukkan tepung, baking powder, garam, esen vanila dan serbuk kacang tanah.  Gaul rata.
3.  Tuang sedikit-sedikit minyak jagung dan uli hingga menjadi doh.
4.  Ambil 1 sudu teh adunan, gentel bulat.  Sapu dengan kuning telur dan letak kacang tanah di tengahnya.
5.  Bakar pada suhu 140C selama 30 minit hingga masak.
6.  Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Kacang Tanah Tradisi  / Traditional Peanut Cookies

Biskut Coklat Badam / Almond Chocolate Cookies

$
0
0

Biskut Coklat Badam / Almond Chocolate Cookies

Bahan-bahan
200gm mentega
100gm gula kaster
330gm tepung gandum
30gm tepung kastard
30gm serbuk koko
80gm serbuk badam - sangai dulu
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila

Hiasan :  Hirisan badam (sangai) dan coklat masakan putih (di cairkan)

Cara-cara :
1.  Ayak tepung, tepung kastard dan serbuk koko.  Satukan dengan serbuk badam.  Gaul rata dan ketepikan.
2.  Pukul mentega dan gula hingga berkrim, masukkan telur dan esen vanila.  Sebatikan.
3.  Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.  Canai dan terap mengikut suka.
4.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu selama 30minit pada suhu 150C hingga masak.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di pipe dengan coklat masakan putih di atasnya dan tabur dengan hirisan badam.
6.   Drizzle dengan coklat masakan hitam jika suka.
Biskut Coklat Badam / Almond Chocolate Cookies




Talam Labu Berlauk

$
0
0

Talam Labu Berlauk
Recipe by K1@Citarasawan

Bahan-bahan
100gm labu – di sagat halus
180gm tepung beras
40gm tepung jagung
20gm tepung gandum
1 liter santan (dari 1 biji kelapa)
1 sudu teh garam

Bahan Sambal Udang
200gm udang kering di tumbuk halus
2 ulas bawang putih - cincang halus dan goreng hingga kekuningan
3 ulas bawang merah - jadikan bawang goreng dan ramas halus

Hiasan : Daun bawang dan daun sup - cincang halus dan keringkan.
Hirisan cili merah

Cara membuat :
1. Untuk Sambal :  Sangai sebentar udang kering dan gaulkan bersama bawang putih dan bawang merah goreng.  Ketepikan.
2. Satukan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, santan dan garam.
3. Kacau atas api perlahan sehingga naik wap.  Angkat dan campurkan dengan labu sagat dan separuh bahan sambal dan sedikit daun bawang dan daun sup kering.
4. Tuangkan ke dalam loyang 25 cm yang dilenser minyak.
5. Kukus sehingga 3/4 masak. Taburkan baki bahan lauk di atasnya.
6. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 25 minit atau sehingga masak.
7.  Tabur dengan daun bawang dan daun sup kering.
8.  Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Talam Labu Berlauk
Viewing all 1300 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>