Quantcast
Channel: Resipi Citarasawan
Viewing all 1300 articles
Browse latest View live

Udang Sichuan / Sichuan Prawns

$
0
0

Udang Sichuan / Sichuan Prawns

Bahan-bahan
20 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 in halia muda - cincang
2 tangkai daun bawang - potong
1/2 biji capsicum hijau / merah - dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil cuka hitam / cuka cider
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara :
1.  Kupas udang, tinggalkan bahagian ekornya.
2.  Tumis bawang putih, halia hingga naik bau.  Masukkan sos tomato, sos cili, minyak bijan, cuka hitam dan gula.  Masukkan udang, gaul rata dan jika pekat boleh tambah sedikit air.  Renehkan sebentar.
3.  Masukkan capsicum dan daun bawang, gaul rata.
4.  Angkat dan hidangkan dengan taburan daun bawang.

** Jangan letak cuka hitam terlalu banyak kerana rasanya sangat keras.  cuka hitam halal boleh di dapati di pasaraya.
Udang Sichuan / Sichuan Prawns

Kek Lapis Keju Masam Manis

$
0
0

Kek Lapis Keju Masam Manis
Sumber :  Amie's Little Kitchen
Olahan : K1@Citarasawan

Bahan-bahan:
250 gram Philadelphia Cream Cheese - suhu bilik
100 gram parutan Parmesan Cheese
450 gram mentega tulin
100 gram gula halus
1/2 tin susu pekat manis (200gm)
10 biji telur gred A
30 gram ovalette - 2 sudu kecil
300 gram tepung Hong Kong
100 gram Horlicks
haw flakes secukupnya
pewarna hijau pandan

Loyang 8 x 8 x 3, dialas dan digris dasarnya.

Cara-cara :
1. Pukul mentega hingga putih, kemudian masukkan gula serta ovalette.  Pukul hingga sebati.
2. Masukkan cream cheese serta parutan parmesan cheese. Pukul sehingga licin dan berkrim.
3. Masukkan telur satu persatu, dan pukul sehingga  kembang dan pekat.
4. Masukkan susu pekat manis dan pukul sebentar dengan kelajuan rendah.
5. Masukkan tepung Hong Kong diikuti dengan Horlicks.
6. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian di letak pewarna hijau pandan, dan satu bahagian lagi tanpa warna atau warna yang di sukai.
7. Ambil 1 senduk adunan (6 sudu besar) adunan hijau dan ratakan di atas loyang kek. Bakar menggunakan api atas selama 10 minit hingga permukaan sedikit perang.
8. Keluarkan loyang, cucuk permukaan kek dengan garpu dan tekan dengan penekan kek - lakukan pada setiap lapisan kek.
9. Susun haw flake di atas permukaan kek untuk setiap lapisan yang ketiga.
10. Ambil 1 senduk adunan tanpa warna dan ratakan. Bakar lagi selama 10 minit.
11. Ulangi Langkah 8, 9 dan 10 dan seterusnya sehingga selesai.
12. Setelah selesai membakar lapisan terakhir, ubah api di bahagian bawah dan bakar lagi antara 12-15 minit supaya masak keseluruhan kek.
 Kek Lapis Keju Masam Manis

Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies

$
0
0

Biskut M&M Oats Monster  / Monster Cookies
Olahan dari :  Justataste.com

Bahan-bahan
100gm gula kaster
100gm gula perang
115gm mentega
1 biji telur A
120gm peanut butter halus atau kasar
2 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam
250gm oats
120gm mini m&m
120gm chocolate chips

Cara-cara :
1.  Pukul mentega, gula kaster, gula perang hingga berkrim.  Masukkan telur dan putar sebati.
2.  Masukkan peanut butter, esen vanila, baking soda dan garam.  Putar hingga bergaul rata.
3.  Masukkan oats, mini m&m dan chocolate chips, putar dengan kelajuan perlahan hingga bergaul rata.

4. Scoop adunan ke dalam dulang pembakar yang beralas baking paper / silpat.  Jarakkan adunan kerana biskut ini akan mengembang.

5.  Bakar pada suhu 160C dalam oven yang di panaskan dahulu di rak tengah selama 10-15 min (bergantung pada oven)

6.  Keluarkan dari oven, biarkan biskut mengeras di atas dulang pembakar.  Biarkan sejuk dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut M&M Oats Monster / Monster Cookies

Salmon Quiche

$
0
0
Salmon Quiche

Doh Pastri
190gm tepung gandum
120gm mentega sejuk
1 biji kuning telur
2 sudu kecil air sejuk dari peti sejuk

Acuan Tart 8 in atau 6 acuan mini - di gris

Cara-cara :
1.  Satukan tepung gandum dan mentega, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
2.  Masukkan kuning telur dan sedikit air sejuk, uli sehingga menjadi doh.
3.  Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
4.  Keluarkan doh dan canai diantara dua keping plastik setebal 3mm dan lebih lebar dari saiz acuan tart.

5.  Masukkan pastri ke dalam acuan tart, trim bahagian atasnya dan cucuk dengan garpu.  Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
6.  Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 20 minit pada suhu 160C.
7.  Sejukkan dahulu sebelum di isi dengan filing.


Bahan Filling
1 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang besar - di cincang
1 tangkai daun kucai - potong kecil
100gm isi ikan salmon - potong kecil
100gm parutan keju cheddar / mozarella
2 biji telur
100 susu segar / susu sejat
80gm UHT whipping cream
1/2 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus
sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara :
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang hingga naik bau dan keperangan, tutup api dan sejukkan sebentar.
2. Kemudian ratakan ke dalam kulit pastri, di ikuti parutan keju dan ikan salmon.  Ketepikan.
3. Dalam mangkuk, pukul telur, susu segar, uht whipping cream, tepung gandum, garam dan lada sulah.  Tapis dan tuangkan 3/4 penuh ke dalam kulit pastri.

4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 190C selama 25-30 minit atau sehingga masak.
5.  Sedia di hidang panas atau sejuk.
Salmon Quiche

Sotong Kangkung

$
0
0

Sotong Kangkung

Bahan-bahan
300gm kangkung, dicelur
1 ekor sotong kembang (besar), dihiris
1 biji timun, dipotong
1/2 biji nanas, dipotong
4-5 keping tauhu bergoreng, dihiris
1 sudu besar bijan, sangai
1-2 sudu besar kacang tanah goreng, ditumbuk

Bahan Sos
1 sm kiub belacan, dibakar
3 sudu besar petis udang
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
10-12 biji cili padi, ditumbuk/dihiris halus
1 sudu besar pes cili, atau ikut suka pedasnya
5-6 sudu besar gula halus
1/2 keping gula melaka
garam secukupnya
3-4 sudu besar air suam

Cara-cara :
1.  Tumbuk cili padi dan belacan sampai lumat.   Masukkan gula melaka, gula dan garam.  Tumbuk hingga rata.
2.  Masukkan ke dalam mangkuk, gaul bersama petis udang, kicap pekat dan manis.  Tambahkan sedikit air suam jika terlalu likat.
3.  Hidang bersama kangkung, timun, tauhu bergoreng dan sotong kembang. Letak dalam pinggan. Taburkan bijan dan kacang tanah.
 Sotong Kangkung

Sambal Sotong Kembang

$
0
0

Sambal Sotong Kembang

Bahan-bahan
1 ekor sotong kembang - potong saiz yang sesuai
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 batang serai - di ketuk
garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa
minyak untuk menumis

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering - rebus, tos
1 sm belacan

Cara-cara :
1.  Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.  Masukkan serai dan sotong, gaul rata dan masak sebentar.
2.  Masukkan air asam jawa dan bawang hiris, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 
Sambal Sotong Kembang

Udang Goreng Blackpepper

$
0
0

Udang Goreng Blackpepper
Resepi : Chef Joha Hassan

Bahan-bahan
500gm Udang Segar (Tiger Prawns) – dibersihkan.
1 biji bawang besar – dihiris
1 biji bawang besar – dikisar
2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 biji cili bol (capsicum) – dipotong dadu
2 sudu besar biji lada hitam – ditumbuk lumat
1 sudu sos lada hitam - K1 tambah
1/2 sudu teh biji ketumbar – ditumbuk lumat
1/2 inch halia – ditumbuk lumat
1 tangkai – daun ketumbar – di potong kasar
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu besar minyak masak untuk menumis

Cara-cara :
1.  Panaskan minyak di kuali, masukan rempah yang di tumbuk lumat, bawang kisar. Bila aroma rempah mula bangkit masukan Udangnya. Gaulkan hingga sebati.
2.  Masukkan garam dan gula dan taburkan daun ketumbar, rasa biarlah manis sedikit.
3.  Masukan Cili Bol (Capsicum) yang di potong dadu. Gaulkan untuk 5 mins. Udang sudah masak bila kulit nya berwarna merah. Sajikan panas2 bersama nasi putih.
Udang Goreng Blackpepper

Tauhu Kukus Goreng

$
0
0

Tauhu Kukus Goreng

Bahan-bahan
230gm / 2 packet tofu telur
180gm tauhu / 2 keping
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur ayam
100gm isi ikan salmon  / udang / ayam (terpulang citarasa)
1 batang daun bawang / daun kuchai - hiris
2 tangkai kacang buncis - potong halus jika suka
1 ulas bawang merah - cincang
1/2 sudu kecil garam / serbuk pati ayam
sedikit serbuk lada putih
1 tangkai cili merah - cincang
15 biji telur puyuh - rebus buang kulit (optional)

15 Acuan kecil - di gris

Cara-cara :
1.  Lenyek tofu dan tauhu hingga halus.  Masukkan tepung gandum, isi ikan, kacang buncis, daun bawang, , cili merah, bawang merah, garam dan serbuk perasa.   Masukkan telur dan gaul hingga rata.

2.  Gris acuan kecil / acuan lompang dengan minyak masak.  Masukkan adunan tauhu, letakkan telur puyuh di atasnya.  Kukus selama 15-20 minit hingga masak.

3.  Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu.
4.  Goreng di dalam minyak terendam hingga keperangan.  Tos dan hidang bersama salad dan sos cili.
Tauhu Kukus Goreng



Cucur Udang Mamak Penang

$
0
0
Cucur Udang Mamak Penang
Resipi :  Mohammad Roslan @ Balanabiar Wordpress.com

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
3 tangkai daun kuchai - potong 1in
Segengam taugeh
60gm udang kecil - di cincang
1/2 biji bawang besar hiris halus
1/2 sudu teh yis segera + 60ml air suam + 1/4 sdt gula kasar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
300ml air
Minyak secukupnya untuk menggoreng

20 ekor udang sederhana - hiasan

Cara-cara :
1. Larutkan yis bersama air suam dan gula, kacau dan biarkan selama 10 minit hingga berbuih.
2.  Masukkan tepung dalam sebuah bekas, tuang larutan yis dan kacau rata.
3. Kemudian masukan garam, daun kucai, taugeh, serbuk kunyit ke dalam tepung.  Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat kepekatan yang sesuai tidak cair atau likat.  Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam untuk adunan mengembang.  Aduk kembali adunan.
4.  Panaskan sendok selama 5 minit di dalam minyak.  Tinggalkan sedikit minyak panas di dalam sendok, kemudian masukkan 1 sudu besar adunan ke dalamnya, letak udang di atasnya dan goreng bersama sendok tadi dalam minyak sederhana panas hingga timbul.
5.  Balik-balikkan dan goreng hingga keperangan.

Sos Kacang Mamak Penang
1/2 cawan kacang tanah
150 gm cili kering
100 gm udang geragau kering
1 biji bawang besar.
2 senduk gula pasir (untuk kuah perang gunakan gula merah).
2 sudu besar tepung jagung,  dicairkan dengan sedikit air.
Garam untuk cukup rasa.

Cara-cara :
1. Goreng kacang tanah dan cili kering berasingan dengan minyak hingga garing.  Angkat dan toskan.
2.  Kemudian goreng udang geragau dengan api kecil pastikan udang tidak hangus.  Angkat dan toskan.
3. Kisar cili dan udang bersama air dan bawang besar hingga halus.  Kemudian masukkan kacang tanah goreng dan kisar sebentar, biar kacang kasar sedikit.
4.  Masukkan bahan kisar tadi bersama air secukupnya mengikut kepekatan yang di kehendaki. Masak hingga mendidih.  Masukan cairan tepung jagung sebagai pemekat. Sos tidak terlalu likat atau terlalu cair.  Masukkan gula dan garam secukupnya.
5. Sedia di hidang bersama cucur udang

Nota: Kuah dan cucur yang lebih boleh disimpan untuk membuat mee goreng mamak yang istimewa, kuah ini juga sekiranya dicairkan boleh digunakan sebagai kuah rojak yang lazat bersama cucur udang, timun dan ubi sengkuang.selamat mencuba.

Sos Cili
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar dahulu
3 sudu besar sos cili
100gm gula melaka di racik halus
200ml air asam jawa
sedikit garam
1 sudu teh tepung jagung, larutkan dengan sedikit air

Cara :
1.  Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus.  Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam.  Masak hingga mendidih. 
2.  Tambahkan larutan tepung jagung dan masak hingga hampir pekat.  Hidang bersama cucur udang yang dipotong kecil.
Cucur Udang Mamak Penang

Popia Nestum

$
0
0

Biskut Popia Nestum
Sumber :  FB

Bahan-bahan
1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus

Cara penyediaan :
1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay, tinggalkan dlm 1-2cm untuk lekatkan dgn telur. Buat hingga habis. Tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab untuk mengelakkannya mengering dan susah dipotong.

2. Panaskan api. Sementara itu Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.

4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, tabur dengan horlicks, gula dan nestum kisar.  Gaul hingga rata. Simpan dalam bekas kedap udara.
Popia Nestum

Pisang Goreng Keju

$
0
0

Pisang Goreng Keju

Bahan-bahan
1 1/3 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
1 biji telur B
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil air kapur cair
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 biji pisang tanduk atau pisang nangka - belah

Keju cheddar di sagat atau kepingan keju chesdale di potong kecil

Cara-cara :
1.  Satukan semua bahan.  Gaul hingga rata.
2.  Biarkan bancuhan selama 10-15 minit.
3.  Masukkan pisang yang telah di potong dan salut dengan bancuhan tepung.
4.  Panaskan minyak dan goreng terendam hingga masak.   Toskan di atas tissue dapur.
5.  Sagat parutan keju ke atasnya semasa pisang masih panas.
 Pisang Goreng Keju

Ketam Blackpaper

$
0
0

Ketam Blackpaper

Bahan-bahan
3 ekor ketam - cuci dan toskan
1 biji bawang besar potong dadu
1/2 in halia - di hiris
3 ulas bawang putih - di hiris
1 sudu besar lada hitam - tumbuk
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
1 tangkai daun bawang dan daun ketumbar - di hiris
garam dan gula secukup rasa


Cara-cara :
1. Gaul ketam dengan 2 sudu besar tepung jagung.  Goreng sebentar hingga kulit ketam berubah warna kemerahan.  Angkat dan toskan.
2. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga wangi.  Masukkan lada hitam, gaul rata.
3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap dan sos lada hitam.  Kacau dan masukkan sedikit air.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.  Bila mendidih masukkan ketam, gaul hingga rata.
5. Apabila masak, tutup api dan tabur dengan daun bawang dan daun ketumbar.
Ketam Blackpaper


Kerabu Taugeh

$
0
0
Kerabu Taugeh
Sumber :  FB Noraini Fendi

Bahan-bahan
2 cawan taugeh - cuci dan toskan
5-6 batang kacang panjang - di potong kecil
1 biji bawang besar - dimayang nipis
2-3 biji limau nipis atau limau kasturi ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan kelapa parut

Bahan di tumbuk lumat
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan - dibakar
2 biji cili merah atau cili padi - boleh tambah lagi kalau suka pedas
Segenggam udang kering - rendam sekejap

Cara-cara
:
1.  Masukkan taugeh, kacang panjang dan hirisan bawang ke dalam bekas.  Ketepikan.
2.  Masukkan kelapa parut putih ke dalam kuali bersama bahan tumbuk, gaul rata dan sangai hingga hampir kering anggaran 10-15 minit .
3.  Tutup api dan biarkan sejuk.
4.  Gaulkan kelapa tadi bersama taugeh, kacang panjang dan bawang besar kemudian masukkan perahan jus limau, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
 Kerabu Taugeh

Ayam Goreng Berempah

$
0
0

Ayam Goreng Berempah
Sumber :  FB Wan Noridayu Wan Osman‎

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam di potong kecil
3 batang serai - potong ambil bahagian putih *
Sebiji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 sudu besar cili kisar
Seinci halia *
Seinci kunyit *
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
2 sudu tepung jagung
Sebiji telur - pukul ringan
Daun kari - di ramas
Sedikit garam dan gula sebagai perasa

Cara-cara :
1.  Kisar bahan bertanda *.  Ketepikan.
2.  Sangai biji ketumbar dan jintan manis, kemudian tumbuk halus.
3.  Campurkan semuanya dalam satu bekas, masukkan ayam, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.  Gaul rata dan perap selama 1-2 jam hingga bumbu menyerap sebelum di goreng.

Acar Telur Puyuh

$
0
0

Acar Telur Puyuh
Resipi  : Chef Hanieliza

Bahan-bahan
1 ltr air bancuh dgn 1 sudu teh kapur makan
80ml cuka
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
30gm gula
20 biji telur puyuh rebus

Sayuran - di potong memanjang
Timun
Lobak merah
2 biji bawang besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau

Bahan Tumis
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia
20gm biji sawi
80ml minyak masak

Cara-cara :
1.  Rendam timun dan carrot yang di potong di dalam air kapur sebentar.  Kemudian toskan.
2.  Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih dan halia.  Kemudian tumis bersama biji sawi hingga wangi.
3.  Masukkan cuka, garam, gula dan serbuk kunyit dan sedikit air.  Bila mendidih baru masukkan sayur tadi, bawang besar, cili dan telur puyuh.  Masak hingga kuah agak pekat.
 Acar Telur Puyuh

Muffin Pandan

$
0
0

Muffin Pandan
Sumber :  Anymz mykitchen dan Nor@Secubit Garam

Bahan-bahan
200gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1sudu kecil pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 sudu teh pandan essence

Hiasan - Almond slices, kismis, ceri atau yang di sukai

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis.

Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 190C. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20 minit.
Muffin Pandan

Puding Roti Rintik

$
0
0

Puding Roti Rintik

Bahan A
7gm serbuk agar-agar
100gm gula pasir
600ml air
Pewarna : kuning, hijau dan merah

Cara- cara :
1.  Satukan serbuk agar-agar, air dan gula.  Masak hingga mendidih.
2.  Bahagikan kepada 3 bahagian.  Warnakan setiap satu dengan pewarna kuning, hijau dan merah.
3.  Biarkan beku dan potong dadu.  Ketepikan.

Bahan B
25gm serbuk agar-agar
300gm gula pasir
400ml santan pekat KARA atau santan kotak
1400ml air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pandan pes
2-3 helai daun pandan - di simpul

Bahan C
3 keping roti putih - carikkan kecil-kecil
250ml susu sejat Ideal / susu cair
2 biji telur
Rendam sekejap, masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.

Loyang 9in

Cara-cara :
1.  Masak bahan B hingga mendidih.
2.  Tuang bahan C, kacau rata dan masak hingga mendidih.
3.  Tutup api, masukkan bahan A, kacau rata dan tuang ke dalam acuan.
4.  Sejukkan dalam peti sejuk sebelum di potong.
Puding Roti Rintik




Agar-Agar Santan Pandan

$
0
0

Agar-Agar Santan Pandan
Olahan :  Agar-agar Sirap Rose Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan
11gm serbuk agar-agar (1 paket)
750ml air (3 cawan)
250ml air (1 cawan - kisar dengan 5 helai daun pandan, tapis)
200 gm gula pasir (1 cawan)
250 ml santan pekat (1 cawan)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
1/4 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau

Loyang di basahkan terlebih dahulu

Cara-cara
1.  Masak air, jus pandan, gula, dan serbuk agar-agar hingga larut.
2.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sedikit pewarna hijau.
3.  Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak keluar.  Tunggu sehingga adunan santan kelihatan berbintil-bintil. Tutup api.
4.  Tuang di dalam acuan, biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

Tips dari Naz :
Tips untuk mendapat 2 lapisan agar-agar : Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
Agar-Agar Santan Pandan

Puding Kek Gulung / Roll Cake Puddings

$
0
0

Puding Kek Gulung / Roll Cake Puddings

Bahan Kek Gulung Pandan
5 kuning telur
2 putih telur
60 gram gula kaster
1 sudu teh ovalete
25gm tepung gandum
10gm susu tepung
10gm tepung jagung
60gm mentega cair
1 sudu teh pandan emulco
Jem strawberry untuk sapuan secukupnya

Loyang 10 x 10 x 3 (Alas dasar dan gris dgn mentega)

Cara-cara :
1.  Satukan tepung gandum, tepung susu dan tepung jagung.  Ayak dan ketepikan.
2.  Pukul telur, gula dan ovalete hingga kembang dan gebu.  Masukkan pandan emulco.  Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung berselang seli dengan mentega cair, putar hingga bergaul rata.
3.  Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180c selama 15 minit hingga masak.
4.   Sapu permukaan kek dengan jem strawberry dan gulung hingga padat.
5.  Potong setebal 1/2cm dan atur di dalam mangkuk bulat.  Ketepikan.

Bahan Puding
1 cawan fruit cocktail (buah sahaja)
8gm serbuk agar-agar (2 sudu kecil)
80gm gula pasir
400ml air
125ml susu sejat
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara :
1.  Masak air, gula dan serbuk agar-agar hingga larut.
2.  Satukan susu sejat dan tepung kastard, gaul hingga larut dan tidak berketul.  Kemudian tuang ke dalam agar-agar, masak hingga mendidih.
3.  Tutup api, masukkan fruit cocktail, gaul rata dan tuang ke dalam mangkuk berisi kek gulung.  Atur lebihan kek di atas permukaan puding.
4.  Simpan di dalam peti sejuk hingga beku sebelum di keluarkan dari acuan.
5.  Enak di hidang dingin.
Puding Kek Gulung / Roll Cake Puddings


Kek Lapis Kukus Cream Cheese

$
0
0

Kek Lapis Kukus Cream Cheese 
Sumber :  Puan Yatie@Sinar Kehidupanku

Bahan A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara :
Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum.   Pukul lagi hingga licin dan tidak berketul.  Ketepikan.

Bahan Kek
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar / cair
1/2 cawan minyak jagung / masak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar sebuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder

Loyang 8x8x3 (di alas dasar dan di gris)

Cara-cara :   
1.  Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda.  Ketepikan.
2.  Pukul telur bersama gula sehingga kembang.   Kemudian masukkan vanilla dan garam.
3.  Masukkan air panas, susu dan minyak.
4. Setelah itu masukkan bahan yang diayak dan gaul sebati.
5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.
6. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana hingga masak.
7. Kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
8.  Akhir sekali tuang adunan coklat selebihnya, tutup dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
9. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di hidangkan.

** untuk membuat 2 lapisan cream cheese, gandakan sukatannya.
** untuk membuat corak, ketepikan 2-3 sudu besar adunan cream cheese dan campurkan dengan 1 sudu kecil coklat emulco, masukkan ke dalam piping bag dan pipe mengikut corak yang di sukai..
 Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Viewing all 1300 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>