- Larutkan yis dan gula di dalam susu suam.
- Kacau dan tutup hingga yis berbuih.
- Masuk tepung dan garam ke dalam mangkuk pengadun.
- Tuang larutan yis dan putar hingga bergumpal.
- Masuk mentega dan putar hingga doh elastik.
- Uli doh dengan tangan.
- Masuk kembali ke dalam mangkuk pengadun.
- Tutup dan rehatkan doh selama 30 minit hingga mengembang 2 kali ganda.
- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
- Bahagi doh dan warnakan mengikut warna bendera.
- Susun dalam loyang, tutup dengan kain lembab dan biar mengembang,
- Panaskan oven pada suhu 180C.
- Turunkan suhu pada 160C dan bakar selama 10 minit.
- Kemudian tutup loyang dengan aluminium foil.
- Turunkan suhu pada 150C dan bakar selama 10 minit lagi.
Roti Manis Jalur Gemilang
Halwa Kastard
Halwa Kastard
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan A, Larutkan
1/2 cawan tepung custard
1 cawan air
Bahan B
1 1/4 cawan gula
1 cawan air
1 sudu kecil jus limau nipis
1 sudu kecil serbuk pelaga
Biji labu atau badam hiris panggang
Oles acuan dengan sedikit minyak.
Penyediaan :
- Masak air dan gula hingga mendidih dan gula larut.
- Masuk jus limau nipis dan tuang bancuhan tepung kastard.
- Kacau sentiasa hingga pekat dan berkilat
- Tambah minyak sapi, serbuk pelaga dan kacau sebati.
- Tabur biji labu dalam loyang dan tuang kan kastard.
- Hentak loyang dan ratakan dengan spatula.
- Biar hingga sejuk sebelum di potong.
Puding Beras Tapai
Puding Beras Tapai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan bahan
2/3 cawan Beras Nagasari Import ERA (dibasuh & ditoskan)
1 biji kulit buah lemon (diparut)
3 cawan air
1 tin Krimer Sejat ERA
1 cawan gula (dibahagi dua)
1 sudu besar mentega
1/2 cawan nenas (dipotong dadu)
3 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
1/2 cawan tapai pulut
1 sudu besar tepung kastard
1/3 cawan krim pekat (dipukul sederhana kembang)
Secubit garam
Jus dari sebiji buah lemon
Bahan-bahan Tapai Pulut
2 cawan Beras Nagasari Pulut ERA
1 biji ragi, haluskan
4 sudu besar air
Daun pisang
Cara menyediakan Tapai Pulut
- Rendam beras selama 30 minit.
- Kukus selama 15 minit.
- Selepas kukus, biarkan di suhu bilik sekejap.
- Campurkan ragi bersama beras pulut yang dikukus tadi.
- Biarkan seketika sebelum dibalut dengan daun pisang.
- Biarkan di suhu bilik selama 5 hari.
Cara menyediakan Puding Beras Tapai
- Didihkan air dan campurkan Beras Nagasari Import ERA bersama kulit buah lemon.
- Tambah separuh daripada sukatan gula, secubit garam dan mentega.
- Kemudian masukkan Krimer Sejat ERA.
- Pukul kuning telur bersama gula dan jus lemon di dalam mangkuk sehingga kembang.
- Sejukkan nasi yang dimasak tadi.
- Masukkan tepung kastard, nanas, tapai dan kuning telur yang dipukul.
- Setelah itu, gaulkan krim putar dan putih telur perlahan-lahan.
- Tuangkan ke dalam bekas acuan dan ayakkan sedikit gula aising di atas.
- Bakar dalam dulang pembakar yang berisi air panas pada suhu 180’C selama 25 - 30 minit.
- Hidangkan panas atau sejuk.
Ayam Kerisik
Ayam Kerisik
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (potong kecil)
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil garam
3 ulas bawang merah (kisar)
6 ulas bawang putih (kisar)
2 batang serai (ketuk)
1 tangkai daun kari
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar santan
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar Sos Tiram Mahsuri
1 sudu besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
1 sudu besar gula melaka cincang
1 sudu kecil serbuk perasa
- Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
- Goreng hingga garing.
- Tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Masuk serbuk cili dan serbuk kari daging yang di bancuh dengan sedikit air.
- Masuk serai, sos tomato, kicap manis pedas dan sos tiram.
- Tambah sedikit air, masuk gula melaka, kerisik dan daun kari.
- Akhir sekali tambah santan dan masukkan ayam goreng.
- Tambah garam dan perasa secukupnya.
Acar Tumis
Bahan-bahan
2 batang timun, buang pulur
1 batang carrot
1 tangkai cili merah
1/2 sudu besar biji sawi
2 sudu kecil garam
1/4 cawan minyak untuk menumis
Bahan B
8 ulas bawang merah kecil
5 ulas bawang putih, potong 2
1/2 inci halia dihiris memanjang
1/2 cawan cuka
1/4 cawan gula
Bahan C - Kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 sudu besar cili kisar
Cara-cara :
Timun, carrot dan cili di potong memanjang.
Rebus bahan B hingga mendidih dan gula larut.
Tumis bahan C hingga pecah minyak. Masuk biji sawi.
Tambah bahan B yang di rebus tadi bersama cukanya, garam dan carrot, gaul rata.
Setelah sejuk, baru gaul kan bersama timun dan cili.
Kiwi Cheese Tart
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Kulit Tart :
200 gm Marjerin Seri Pelangi
100 gm gula ising
420 gm tepung gandum
1 biji telur
Adunan Krim Keju
250 gm cream keju - suhu bilik
60 gm gula kaster
80 ml dairy whipping cream, putar hingga kembang
Hiasan :
Penyediaan Kulit Tart :
- Pukul Margerin Seri Pelangi dan gula ising hingga rata.
- Masukkan telur, gaul sebati.
- Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Tekan ke dalam acuan tart, trim atasnya dan cucuk dengan garpu.
- Bakar pada suhu 170 C sehingga masak.
- Sejukkan dahulu kulit tart.
- Putar cream keju dan gula hingga licin.
- Kaup balik dengan whipping krim hingga sebati.
- Masukkan ke dalam piping bag.
- Isikan sedikit jem di dasar kulit tart.
- Picit krim keju hingga penuh.
- Letak jem lagi di tengahnya.
- Tabur biji delima di atas jem.
- Atur hirisan kiwi di keliling tart.
- Simpan di dalam peti sejuk, enak di makan dingin.
Waffle
Waffle
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
100 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
1 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
240 ml susu cair
6 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan gula kaster
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara :
- Panaskan acuan waffle.
- Ayak tepung, tepung jagung, baking powder, baking soda dan garam.
- Satukan kuning telur, susu cair dan minyak sayur, kocok ringan.
- Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul putih telur hingga kental.
- Satukan bancuhan susu dan tepung yang di ayak tadi.
- Whisk hingga sebati dan kaup balik dengan putih telur hingga rata.
- Oles marjerin pada acuan waffle, tuang adunan secukupnya.
- Masak hingga keperangan dan bahagian luarnya mengeras.
- Hidang dengan topping kesukaan.
Drumstik Panggang Oriental
Drumstik Panggang Oriental
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-Bahan
2 ketul paha ayam
1 sudu besar oren Sunquick
1/3 cawan air
1 sudu besar mentega
2 sudu kecil bancuhan tepung jagung
Bahan Perapan dan Sos
1 sudu kecil kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih, parut
1 in halia, parut
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Bahan Sayuran : Tomato ceri merah. kuning bertangkai dan Asparagus
Cara-cara :
- Trim bahagian atas ayam hingga ke bawah.
- Satukan kicap, sos tiram, bawang putih, halia, serbuk pati ayam dan garam.
- Ambil 1/3 bahan perapan dan gaul bersama ayam, perap sebentar.
- Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan baki bahan perapan dan air untuk sos.
- Masak hingga mendidih.
- Masukkan ayam, tutup periuk biar ayam setengah masak.
- Keluarkan ayam, renjiskan dengan sedikit minyak zaitun.
- Bungkus tulang dengan aluminium foil supaya tidak hangus.
- Panggang ayam dan tomato dalam oven suhu 180C selama 15 minit.
- Didihkan kembali sos, tambah oren Sunquick dan bancuhan tepung jagung.
- Apabila sos hampir pekat, angkat dan tapis untuk mendapatkan sos yang licin.
- Panaskan sedikit mentega, ambil jus dari ayam, masukkan asparagus dan goreng kilas sebentar.
- Hidang drumstik ayam bersama kentang putar dan sos.
Kentang Putar Hijau Berkrim
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
200 gm ubi kentang Russet
30 gm mentega
30 gm krim cheese
1/3 cawan cooking cream
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam

- Rebus ubi kentang dengan sedikit garam hingga lembut.
- Toskan air dan lenyek dengan pengisar kentang.
- Dalam periuk, cairkan mentega, cooking cream dan krim cheese hingga larut.
- Masukkan kentang, garam dan serbuk lada hitam.
- Gaul dengan pes hijau hingga rata.
- Masak dengan api kecil hingga pekat.
1/4 cawan daun kuchai
1/4 cawan daun bawang
2 sudu besar minyak zaitun
Nasi Ulam Diraja Chef Wan
Nasi Ulam Diraja Chef Wan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan memasak nasi
2 cawan Beras Sultan Basmathi 1121
2 cawan santan cair
2cm halia (dititik)
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
1 batang serai (dititik)
2 sudu kecil kunyit
Bahan-bahan Nasi Ulam
4 sudu besar sambal belacan
1 cawan budu
½ cawan udang kering
10 ulas bawang merah (dihiris)
3 cawan kelapa goreng
2 biji telur masin (kuning diasingkan dan didadu kecil)
100 gram ikan Kurau masin (dibakar dan ditumbuk)
4 ekor ikan Kembong (digoreng, diambil isinya dan disiat-siat)
3 cawan Minyak Masak ERA (untuk menggoreng ikan Kembong)
1 batang serai (dihiris)
Bawang goreng
6 tangkai ulam pelbagai jenis diracik halus seperti
Daun Pegaga
Pucuk Selom
Ulam Raja
Pucuk Kadok
Daun Beluntas
Limau Purut
Bunga Kantan
Daun Kesom
Pucuk Gajus
Daun Pudina
Cara-cara memasak nasi
1. Di dalam periuk, masukkan kesemua bahan dan tanak nasi seperti nasi putih. Tambah sedikit air jika perlu.
2. Sejukkan nasi sebelum digaul dengan bahan-bahan ulam
Cara-cara membuat Nasi Ulam
1. Tambahkan sambal belacan dan budu. Kemudian gaul rata.
2. Masukkan kuning telur masin, ikan Kembong, ikan masin, kelapa goreng, serai, udang kering, bawang dan halia. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
3. Masukkan ulam-ulam pilihan.
4. Tambah bawang goreng dan gaulkan. Sedia untuk dihidang.
Jus Tembikai Longan
Taugeh Goreng
Bahan-bahan
2 cawan taugeh, buang hujungnya
5 batang daun kuchai, potong pendek
2 ulas bawang putih, hiris
3 ulas bawang merah hiris
1 biji tomato, belah 6
1 tangkai cili merah, hiris
10 ekor isi udang
1/2 sudu besar Rasa Sifu
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar minyak untuk menumis
Cara-cara :
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan merah hingga wangi.
- Masuk kan udang, goreng hingga udang masak.
- Masukkan taugeh, daun kuchai dan cili.
- Perasakan dengan Rasa Sifu, kicap cair dan serbuk lada putih.
- Akhir sekali masukkan tomato hiris.
- Goreng sebentar dan angkat.
Nasi Goreng Kerabu
Bahan-bahan
2 mangkuk nasi kunyit atau nasi putih
2 biji telur masin (cincang kecil)
1 ekor ikan kembung panggang, siat2 kan isi nya
Ulam Kerabu dihiris halus
Kacang panjang
Bunga kantan
Petai
Daun Pegaga
Daun Kesom
Cara-cara :
- Nasi di tanak dengan serbuk kunyit dan sejukkan.
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
- Masuk isi ikan, telur masin, kacau rata.
- Masuk kan nasi dan perasakan dengan budu dan Rasa Sifu.
- Akhir sekali masukkan hirisan kerabu.
- Gaul rata dan sedia di hidang,
Udang Kari Hijau Thai
Pes Kari Hijau
3 tangkai cili hijau
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 cekak daun ketumbar
1 batang serai, bahagian putih
1 biji limau nipis (diperah jus)
4 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos ikan
3 sudu besar minyak zaitun
Udang Kari Hijau Thai
400 ml santan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar sos ikan
200 gm udang
100 gm cendawan butang
Pes Kari Hijau
Masukkan kesemua bahan dalam blender, kisar hingga lumat dan menjadi pes.
Simpan di dalam botol kaca untuk tahan lama.
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih.
- Masukkan pes kari hijau, tumis hingga naik bau.
- Masukkan santan, masak hingga hampir mendidih.
- Masukkan sos ikan, gula, terung dan ayam.
- Perlahan kan api, reneh hingga ayam masak.
- Kemudian masuk kan udang, tomato dan cendawan butang.
- Masukkan daun limau purut dan hirisan cili.
- Angkat dan tabur dengan daun ketumbar.
Puding Pai Apple Delima
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
1/2 sudu kecil garam
120 gm marjerin atau mentega (1/2 cawan)
30 ml air sejuk dari peti ais (2 sudu besar)
250 ml air (1 cawan)
60 gm gula (1/4 cawan)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk agar-agar
Toping Agar-agar Delima
250 ml jus delima atau lain2 jus buah
1 sudu kecil serbuk agar-agar
- Dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula dan garam.
- Tambah marjerin dan air sejuk.
- Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
- Bungkus dengan foil plastic.
- Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Canai doh dan tekan padat ke dalam dan tepi acuan pai.
- Cucuk dasarnya dengan garpu.
- Bakar pada suhu 170C selama 25 minit.
- Sejuk dahulu sebelum di isi dengan puding.
Penyediaan Puding Santan :
- Satukan air, serbuk agar-agar dan gula.
- Masak hingga mendidih dan masuk kan santan dan garam.
- Larutkan tepung Hoen Kwee dengan air.
- Tuang ke dalam agar2 dan masak hingga larutan hampir memekat.
- Angkat dan kacau hingga wapnya hilang.
- Tuang ke dalam kulit pai dan simpan dalam peti sejuk hingga beku.
- Satukan jus delima dan agar-agar.
- Masak hingga mendidih.
- Kacau hingga wapnya hilang, tuang ke atas lapisan puding.
- Simpan semula di dalam peti sejuk hingga beku.
- Hias dengan hirisan apple dan biji delima.
Apple Oatmeal Crumble
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
65 gm blueberry
2 sudu kecil gula kaster
25 gm mentega tawar sejuk
- Panaskan oven pada suhu 180C.
- Corek isi apple dan lubangkan, tinggalkan kulit dan dasarnya.
- Sapu bahagian dalam apple dengan jus lemon.
- Gaulkan blueberry bersama gula dan tepung jagung.
- Isikan ke dalam apple.
- Satukan bahan cramble.
- Ramas dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
- Sudu kan ke atas apple.
- Susun apple dalam tray dan bakar selama 25-30 minit.
- Hidang bersama aiscream dan sos kastard.
- Panaskan susu, jangan sampai mendidih.
- Satukan kuning telur, tepung jagung, gula dan esen vanila.
- Gaul sebati dan tapis.
- Tuang separuh susu panas ke dalam bancuhan telur dan sebatikan.
- Kembali kan semula ke dalam periuk.
- Masak dengan api perlahan hingga hampir memekat.
Passion Fruits Jelly Cheese Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Dasar Biskut
150gm biskut digestive - dihancurkan
70gm mentega cair
- Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata.
- Ratakan dan tekan padat ke dasar loyang.
- Bakar selama 8-10 minit pada suhu 180C.
- Sejukkan dahulu.
60 gm gula kaster
150 ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin (HALAGEL)
50 ml air
Jelly Markisa
250 ml air
2 sudu kecil serbuk agar-agar
2 sudu besar gula pasir
8 biji buah Markisa, ambil isinya
- Putar whipping cream hingga pekat. Ketepikan.
- Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar hingga gelatin kembang.
- Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Ketepikan.
- Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan licin.
- Masukkan gelatin cair dan akhir sekali masukkan whipping cream.
- Kaup balik hingga sebati. Bahagi kepada 2 bahagian.
- Tuang 1 bahagian adunan keju ke atas dasar biskut, ratakan.
- Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit hingga permukaannya set.
- Sementara itu masak Jeli Markisa.
- Satukan air, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk.
- Masak hingga mendidih.
- Tutup api, kacau hingga wapnya hilang.
- Masukkan isi buah Markisa, gaul rata.
- Bahagi kepada 2 bahagian yang sama banyak.
- Tuang 1 bahagian larutan jelly ke atas cheesecake.
- Masukkan semula ke dalam peti sejuk sehingga jelly beku.
- Tuang baki adunan cheese, ratakan ke atas adunan jelly.
- Setelah set, tuang baki jelly.
- Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.
*** untuk memotong kek keju, rendam pisau dalam air panas, lap dan potong. Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.
Puding Buah Naga
Bahan-bahan
200 gm buah Naga
250 ml air
200 ml santan kotak
80 gm gula pasir
3 sudu kecil serbuk agar-agar
40 gm tepung Hoen Kwee
1/8 sudu teh garam halus
Hiasan : Pisang Berangan potong bulat jika suka
Acuan 6 in - basahkan dahulu
- Kisar buah naga dengan air hingga hancur,
- Satukan bersama bahan2 lain dan kacau rata.
- Masak dengan api perlahan hingga meletup-letup dan pekat .
- Tuang 1/3 adunan ke dalam acuan.
- Simpan dalam peti sejuk hingga beku.
- Atur hirisan pisang di keliling acuan dan tuang baki adunan.
- Simpan semula di dalam peti sejuk hingga beku.
Sup Telur Pecah
Sup Telur Pecah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
2 keping paha ayam
4 cawan air
1/2 inci halia, ketuk
1/2 sudu besar udang kering
2 batang daun bawang, ambil bahagian akarnya
1/4 sudu teh minyak bijan
2 biji telur, kocok
2 batang crabstik - carikkan
Bancuhan Tepung Jagung, larutkan
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan tepung jagung
3 sudu besar air
Daun bawang dan daun sup untuk taburan
- Cuci ayam, tak perlu buang kulit atau di potong, lumur sedikit garam.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kulit ayam keperangan.
- Angkat ayam, masuk ke dalam periuk.
- Didihkan ayam bersama air, batang bawang, udang kering dan halia.
- Masuk kan Sos Tumis Cina Asian Meals.
- Masak hingga ayam lembut.
- Keluarkan ayam dan bahan-bahan dalam sup.
- Carik2 kan isi ayam dan ketepikan.
- Tinggal kan air rebusan sup dan didihkan kembali.
- Tuang bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
- Tuang telur, tunggu beberapa saat sebelum di kacau.
- Masukkan carikan isi ayam, cendawan dan crabstik.
- Tutup api dan titiskan sedikit minyak bijan.
- Tabur hirisan daun bawang dan daun sup.
- Enak di nikmati begitu saja atau bersama roti.
Fig Almond Tart
Fig Almond Tart
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
- Satukan tepung, cornflakes dan serbuk almond.
- Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
- Masukkan gula aising dan gaul sebati.
- Masukkan air ais dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan 30 minit dalam peti sejuk.
- Canai doh kulit tart sederhana nipis.
- Masukkan ke dalam acuan tart yang di sapu mentega.
- Tekan doh ke dalam acuan dengan kemas supaya melekat dengan sempurna.
- Trim lebihan doh di bahagian atas, cucuk dasarnya dengan garpu.
- Bakar di dalam oven pada suhu 175C selama 15 minit.
- Angkat dan sejukkan sebentar.
- Panaskan oven pada suhu 160C.
- Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
- Masukkan telur satu persatu, putar sebati.
- Masukkan serbuk almond dan tepung, gaul sebati.
- Isi adunan ke dalam kulit tart hampir penuh, ratakan dengan spatula.
- Tekan buah Fig ke dalam adunan hingga penuh.
- Bakar semula pada suhu 160C selama 25 minit atau hingga adunan kek keperangan.
- Setelah masak tabur dengan gula aising.
- Boleh di makan begitu saja atau bersama aiscream.