Quantcast
Channel: Resipi Citarasawan
Viewing all 1300 articles
Browse latest View live

Ayam Goreng Lengkuas

$
0
0

Ayam Goreng Lengkuas

Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong 8 atau 12
2 sudu kecil air asam jawa
minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan Kisar / Tumbuk (Bumbu)
100 gm lengkuas
2 cm halia
2 batang serai - ambil bahagian putihnya
2 sudu teh garam
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit
1 sudu besar ketumbar

Hiasan :  Tomato, Timun dan Daun Salad

Cara-cara :
1.  Potong lengkuas kecil-kecil, kemudian tumbuk hingga halus.  Guna sarung tangan plastik dan peras airnya.  (untuk menghindar tangan terasa panas).  Masukkan lengkuas ke dalam bekas besar.
2.  Kemudian tumbuk bahan-bahan lain hingga halus dan gaul kan bersama lengkuas tadi.
3.  Lumurkan pada ayam bersama sedikit garam dan air asam jawa.  Perap selama 1 jam di dalam peti sejuk.
4.  Keluarkan dari peti sejuk dan asingkan ayam dengan bumbunya untuk di goreng berasingan.
5.  Panaskan minyak dan goreng ayam hingga perang.  Angkat, toskan dan masukkan ke dalam pinggan.
6.  Kemudian goreng bumbunya hingga keperangan.  Angkat dan toskan.
7.  Tabur bumbu di atas ayam.  Hias dengan salad, timun dan tomato.
 Ayam Goreng Lengkuas

Popia Goreng

$
0
0

Popia Goreng

Bahan
Kulit Popia siap pakai - boleh di beli di pasaraya

Bahan Inti
100gm isi udang kecil - cincang halus
200gm sengkuang, dihiris halus
200gm lobak merah, dihiris halus
100gm taugeh, dibuang ekor
100gm kacang panjang, dicincang
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 ulas bawang merah - hiris halus
3 sudu besar minyak untuk menumis
garam dan serbuk lada sulah

Pelekat
3 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar air
atau putih telur 

Bahan Sos
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 - 2 sudu besar jus limau/lemon
garam secukupnya
1 - 2 sudu besar bijan sangai

Gaulkan semua bahan sos dan tabur dengan bijan.

Cara-cara :
Untuk inti. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan udang, biarkan sebentar kemudian masukkan sengkuang dan lobak merah. Masukkan kacang panjang dan akhir sekali taugeh dan sos tiram.  Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.   Masak sebentar saja.  Angkat dan masukkan ke dalam penapis dan toskan airnya.  Ketepikan.

Sudukan inti ke atas kulit popia, gulung dan sapu campuran tepung pada hujungnya sebagai pelekat. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Angkat dan sajikan dengan cili sos.
Popia Goreng

Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu

$
0
0

Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu

Bahan-bahan
1 kg ubi kayu
1 1/2 cawan air + 6 helai daun pandan (kisar, ambil jusnya)
1 sudu teh garam
sedikit pewarna hijau - jika suka

Kelapa parut + sedikit garam (kukus sebentar)

Loyang 10 x 10 (Alas plastik tahan panas)

Sirap Gula Melaka
100 gram gula melaka / gula merah
2 sudu besar gula pasir
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

Masak sirap hingga mendidih.  Tapis dan simpan semalaman untuk mendapat sirap yang pekat.

Cara-cara :
1.  Parut ubikayu, toskan dengan penapis dalam sebuah bekas.
2.  Biarkan selama 20 minit.  Buang air jernih di permukaan bekas dan ambil mendapan pati ubi.
3.  Gaul pati ubi bersama parutan ubikayu, jus pandan dan garam.  Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang.
4.  Kukus selama 30 minit hingga masak.
5.  Sejukkan dahulu sebelum di potong kiub dengan pemotong plastik.
6.  Gulingkan potongan ubi ke dalam kelapa parut.
7.  Makan bersama dengan sirap gula melaka.
Kuih Poli Ubikayu / Lopes Ubikayu

Puding Tofu Gula Melaka

$
0
0

Puding Tofu Gula Melaka

Bahan-bahan
150gm tofu lembut (Soft Tofu)
600ml air
2 sudu kecil serbuk agar-agar
80gm gula pasir

Sirap Gula Melaka
100gm gula melaka
1/2 cawan air
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
Masak hingga mendidih, tapis dan simpan semalam supaya pekat.

Cara-cara :
1.  Kisar tofu bersama air, tapis ke dalam periuk.
2.  Masukkan gula dan serbuk agar-agar.  Masak hingga mendidih.
3.  Tuang ke dalam acuan yang di basahkan terlebih dahulu.  Simpan di dalam peti sejuk hingga beku.
4.  Hidang bersama sirap gula melaka.
 Puding Tofu Gula Melaka

Chocolate Lava Cake

$
0
0

Chocolate Lava Cake
Sumber :  FB Group Resipi Ringkas

Bahan-bahan
200g coklat masakan
100g mentega tawar
4 biji telur Grd A
6 sudu besar gula kaster
6 sudu besar tepung gandum (ayak)
4 sudu besar serbuk koko

8 biji remekin - gris dengan mentega

Cara-cara :
1.  Cairkan butter dan coklat masakan menguunakan kaedah double-boiled sehingga cair.  Masukkan serbuk koko, kacau sampai larut.
2.  Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sampai gebu dan warna kuning pucat.
3.  Masukkan adunan coklat dan  tepung. Kacau sampai sebati hingga adunan menjadi likat.
4.  Sudukan dalam acuan cupcake atau cawan ramekin.  Sejukkan dalam 30 minit.
5.  Panaskan oven 180 darjah selama 10 minit api atas bawah dan bakar selama 10-15 minit.  Jangan terlebih bakar kerana kek akan masak sepenuhnya.  Pastikan permukaan atas kek masak, bila ditekan bahagian tengah, kek lembut seperti kurang masak.
6.  Keluarkan dari remekin, tabur gula icing sebagai hiasan.
Chocolate Lava Cake

Apam Berkuah Trengganu

$
0
0

Apam Berkuah Trengganu
Sumber :  FB Puan Tahrunisah Jali

Bahan A
1/2 cawan gula melaka / gula merah
1/2 cawan air
1/4 sudu teh garam

- Masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan dahulu.

Bahan B
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir
1 1/2 sudu kecil yis

- Satukan bahan dan rehatkan selama 5 minit hingga yis berbuih.

Bahan C
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir

Loyang atau acuan kecil - gris dengan minyak masak

Cara-cara :
1.  Dalam bekas yang besar, satukan bahan A, B dan C.  Aduk rata, adunan tidak pekat dan tidak cair  (seperti adunan cucur pisang), jika terlalu pekat tambahkan sedikit saja air.
2.  Tutup bekas dan rehatkan adunan selama 1/2 jam.  Kaup balikkan adunan, kemudian tutup semula.  Lakukan kaup balik adunan sebanyak 3 kali setiap 1/2 jam.
3.  Panaskan pengukus, masukkan adunan ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil, biarkan adunan mengembang dahulu dan kukus selama 30-40 minit bergantung pada saiz acuan.  Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitis ke atas apam.

Kuah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1cm kunyit
1 ekor ikan kembung sederhana besar (rebus dan ambil isi)
2 cawan santan sederhana pekat
1 sudu besar kerisik
1 keping gula melaka
1 sudu kecil ketumbar disangai
1 sudu kecil jintan manis disangai
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar kelapa parut
sedikit garam

Cara-cara :
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan kunyit sampai lumat.
2. Kemudian tumbuk lada hitam, kelapa parut sampai lumat.
3. Tumbuk ketumbar dan jintan manis sehingga halus serta masukkan isi ikan tadi, tumbuk lagi hingga halus dan bergaul rata.
4. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan2 yang telah ditumbuk / di kisar tadi. masukkan kerisik, gula melaka dan garam,  kuah biar sedikit manis.
5. Masak kuah hingga kuah naik minyak. kepekatan kuah tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Selalu kacau untuk mengelakkan kuah berkeladak.
6.  Hidang bersama apam.
Apam Berkuah Trengganu

Tofu Kukus

$
0
0

Tofu Kukus

Bahan-bahan
1 blok tofu lembut
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 hilis halia - hiris halus
2 sudu besar isi udang cincang
Serbuk lada sulah
1 tangkai cili merah - buang biji, cincang kasar
1 tangkai daun bawang dan daun sup - hiris kecil
1 sudu besar minyak untuk menumis

Perasa
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair - masin
1 sudu  besar kicap pekat
sedikit air

Cara-cara :
1.  Masukkan tofu ke dalam pinggan, kukus selama 5 minit.  Keringkan air tofu di dalam pinggan dengan tissue dapur.  Ketepikan.
2.  Panaskan minyak, goreng bawang putih dan halia hingga naik bau.  Masukkan udang dan masak hingga udang berubah warna.  Masukkan hirisan cili, daun bawang dan serbuk lada sulah.  Gaul sebentar saja.  Angkat dan toskan tumisan udang tadi.  Air tumisan biarkan di dalam kuali.
3.  Panaskan kuali, campurkan semua bahan perasa bersama air tumisan tadi.  Biarkan mendidih.  Tutup api.
4.  Untuk menghidang,  Tuang sos kemudian tabur tumisan udang di atasnya.
Tofu Kukus

Pasembor Kokdiang

$
0
0

Pasembor Kokdiang
Sumber :  Dapur Tanpa Sempadan@CMG

Bahan Kuah
200 g ubi kentang*
300 g ubi keledek oren *(*rebus empuk dan lecek halus)
200 g kacang tanah, goreng, buang kulit dan kisar
70 g bawang besar*
20 g bawang putih*(*kisar halus)
50 g gula merah / gula melaka
3 camca besar cili kisar (boleh tambah atau kurang)
60 ml jus asam jawa
1/2 liter air
60 ml minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Sampingan
200 g timun, potong halus
200 g sengkuang, kupas dan potong halus
200 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap
5 biji telur, rebus keras, kupas dan goreng, belah 2 setiap biji
2 keping tauhu, goreng dan hiris
2 biji ubi kentang, rebus, potong dan goreng hingga perang
2 - 3 keping cucur udang, didadu*(*resipi dibawah)

Bahan Cucur Udang
100 g tepung gandum
1/2 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder (resipi asal tak letak)
125 - 130 ml air rebusan kepala udang yg dikisar
Garam secukup rasa
Beberapa ekor udang (jika suka)


Cara-cara :
1.  Kuah :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili kisar, tumis hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan keledek, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.
2.  Cucur Udang :- Bancuh semua bahan2, kecuali "udang". Panaskan minyak, rendam sudip leper dalam minyak panas, 1 minit. Angkat dan letakkan 1 - 2 camca besar adunan cucur atas sudip tadi dan baringkan seekor udang atasnya. Masukkan dalam minyak panas, dan bila cucur kelihatan tembam, tanggalkan dari sudip. Masak hingga kuning keemasan, angkat dan toskan (kalau suka, boleh masukkan sedikit taugeh dan daun kuchai dalam adunan cucur udang). Gunakan api sederhana, kalau api kuat, nanti cucur hangus dan dalam tak masak. Buat hingga siap.
3.  Untuk Menghidang :- Susun semua bahan rojak atas pinggan sesuai, kemudian tuang kuah secukupnya.

Pasembor Kokdiang

Rojak Mee Kuah Pasembor

Apam Labu

$
0
0

Apam Labu
Sumber : UmmiZaihadi

Bahan A
3 sudu makan tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1 sudu teh gula kastor
3 sudu makan air suam

Bahan B
240 gm labu (dikukus/rebus)
150 gm gula kastor
1 biji telor
150 ml santan pekat

Bahan C (ayak bersama)
200 gm tepung gandum
1 sudu teh Double Action Baking Powder

Kelapa parut - di kukus sebentar + sedikit garam

24 biji acuan kecil - gris dengan minyak

Cara Membuat :-
1.  Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.  Rehatkan adunan selama 5 - 10 minit.
2.  Satukan bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
3.  Masukkan bahan C ke dalam adunan B sedikit-demi sedikit dan whisk hingga rata.
4.  Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati.  Tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan rehatkan selama 1 jam.  Kaup balikkan adunan sebelum di tuang ke dalam acuan.
5.  Panaskan pengukus dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau tuang 3/4 penuh acuan-acuan kecil.  Kukus selama 15-18 minit hingga masak.  Tambahkan masa jika menggunakan loyang besar.
6.  Hidangkan bersama kelapa muda parut.

Nota:
Kalau nak apam yang merekah / mekar, gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan berlubang besi. Jika menggunakan acuan lompang, apam akan naik biasa saja dan tidak mekar.
Apam Labu

Ayam Masak Halia Ala Thai

$
0
0

Ayam Masak Halia Ala Thai

Bahan-bahan
200gm isi ayam - Hiris
1 in halia - hiris memanjang
2 ulas bawang putih - hiris memanjang
1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
1/2 batang carrot - hiris memanjang
1/2 biji capsicum merah atau hijau - hiris memanjang
4 biji cendawan hitam - rendam dan hiris nipis
1 tangkai daun ketumbar - hiris halus

Perasa
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

2 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu besar air (larutkan)

Cara-cara :
1.  Tumis bawang putih hingga perang, masukkan ayam dan masak hingga ayam berubah warna.  Masukkan halia, cendawan dan carrot.  Gaul rata.
2.   Masukkan bahan-bahan perasa dan sedikit air, masak sebentar 2-3minit.  Tuang bancuhan tepung jagung, kacau sebentar hingga kuah nampak pekat dan masukkan bawang dan capsicum.  Gaul rata.
3.  Angkat, tabur dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan bersama nasi putih.
Ayam Masak Halia Ala Thai



Ondeh-Ondeh Labu / Buah Melaka Labu

$
0
0

Ondeh-Ondeh Labu / Buah Melaka Labu

Bahan-bahan
1 cawan isi labu yang telah di rebus dan dilecek
1 1/2 cawan tepung pulut
1/4 sudu teh garam
1 keping gula melaka - potong kiub kecil
Kelapa parut muda - Kukus sebentar + garam

Air secukupnya untuk merebus

Cara-cara :
1.  Gaulkan isi labu, tepung pulut dan garam.  Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di jari.  (Tak perlu menambah air kerana isi labu sudah berair)
2.  Ambil doh sebesar ibujari, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, bulatkan.
3.  Masak air hingga mendidih, masukkan doh tadi dan tunggu hingga doh terapung di permukaan air.
4.  Toskan dengan penapis berlubang dan golekkan di atas parutan kelapa.
Ondeh-Ondeh Labu / Buah Melaka Labu

Kuih Buah Labu

$
0
0

Kuih Buah Labu

Bahan-bahan
250gm isi labu yang telah direbus dan dilecek halus
200gm tepung beras pulut
1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - potong 1 in untuk alas
Bunga Cengkih secukupnya untuk tangkai

Inti Kacang Hijau
150 kacang hijau tanpa kulit (rendam 1 jam)
100ml santan pekat KARA
50gm gula melaka
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam

Toskan kacang dan rebus dengan 1 cawan air dengan api kecil hingga masak.  Masukkan kacang ke dalam pengisar bersama santan, gula melaka, gula pasir dan garam.  Kisar hingga halus.  Masak di dalam kuali non-stick hingga kering dan tidak melekat di tepi kuali.  Sejukkan dahulu dan gentel bulat untuk di jadikan inti.

Cara-cara :
1.  Satukan isi labu, tepung beras pulut dan garam, uli hingga menjadi doh (air tidak perlu di masukkan kerana isi labu berair)
2.  Ambil doh seberat 20gm, leperkan dan masukkan inti kacang di tengahnya.  Tutup kembali dan ambil lidi kecil dan lakarkan seperti bentuk labu.  Cucuk di tengahnya dengan bunga cengkih sebagai tangkai.

3.  Sapu sedikit minyak pada labu yang telah siap dan alas dengan daun pandan.
4.  Kukus selama 5 - 8 minit hingga masak.
Kuih Buah Labu

Mee Goreng Mamak

$
0
0

Mee Goreng Mamak
Sumber :  Azianhassan.com

Sos Mee Goreng
Bahan-bahan kisar
100 gram/150 gram ( 2 gengam) cili kering
50 gram udang kering/udang geragau
3 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan  kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar berasingan
Minyak untuk menumis
3 sudu besar gula merah
Sedikit gula putih
Air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Panaskan minyak.  Tumis semua bahan-bahan yang telah dikisar sehingga ianya wangi.
Masukkan kacang tanah dan biarkan kacang tersebut betul-betul masak.  Masukkan air asam jawa, gula merah, gula dan garam.  Reneh dengan api kecil lagi lama memasaknya lagi baik.

Mee Goreng Mamak

1 bungkus mee kuning
2/3 ulas bawang putih (diketuk sedikit)
3 biji telur
2 keping tauhu yang telah digoreng dan dipotong dadu
Cucur bawang dipotong dadu ( campuran tepung gandum,kucai, garam dan 1 biji telur)
Ubi kentang rebus di potong 4
Sayur sawi atau kobis

Perasa
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit kicap mee/ kicap biasa
Sedikit sos cili
Sedikit sos tiram

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak.  Tumis bawang putih hingga kekuningan
2.  Masukkan 2 sudu besar sos mee mamak ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
3.  Masukkan sayur dan gaul rata.
4.  Masukkan mee kuning dan kicap, sos cili dan sos tiram.  Gaul sebati  dengan menggunakan api yang besar.
5.  Perlahankan api dan buat lubang ditengah-tengahnya.  Pecahkan telur dan biarkan sebentar.
6.  Kuatkan semula api dan gaul bersama mee, tauhu, cucur dan ubi kentang.  Jika tak cukup sos mee mamak, boleh tambah lagi.  Jika nakkan mee tersebut agak basah, boleh tambahkan sedikit air.
7.  Angkat mee dan hias dengan hirisan cili merah, cili hijau, bawang goreng, daun bawang dan hirisan limau.
Mee Goreng Mamak

Lepat Labu

$
0
0

Lepat Labu

Bahan-bahan
1 cawan isi labu yang dikukus dan dilecek
3/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
Kelapa parut secukupnya.
Daun pisang yang telah dilayur.

Cara-cara :
1.  Gaul labu, gula dan tepung, masukkan santan dan garam, kacau rata.
2.  Ambil satu sudu penuh adunan, ratakan atas daun pisang.  Letak sedikit kelapa parut di tengahnya dan tutup dengan sedikit adunan di atasnya. 

3.  Bungkus memanjang, dan kukus selama 25-30minit hingga masak.
 Lepat Labu

Cream Horns Pastry Puff

$
0
0

Cream Horns Pastry Puff

Bahan-bahan
2 keping pastry puff 8 x 8in
Acuan Horn
Gula Pasir
1 biji kuning telur + sedikit air untuk sapuan

Filling Buttercream
250gm krimwell
50gm mentega
130gm gula aising - ayak
1/2 sudu besar golden syrup
1/2 sudu kecil butter flavour

Piping Bag dan nozzle

Cara-cara :
1.  Keluarkan pastry puff dari peti sejuk dan biarkan beberapa minit supaya lembut.  Potong setiap keping pastry puff  8x8in menggunakan pizza cutter kepada 8 jaluran setiap satu.

2.  Ambil satu jalur dan tekan pada hujung acuan horn dan pintal hingga ke atas.  Jangan terlalu rapat  jarakkan 1 in dari permukaan atas acuan supaya senang di keluarkan.

3.  Lekatkan hujung pastry dengan sedikit kuning telur supaya tidak terbuka.

4.  Sapu pastry horns dengan kuning telur dan taburkan dengan sedikit gula pasir di atasnya.
5.  Susun di dalam loyang yang di alas baking paper.  Hujung akhir pastry biar berada di bawah supaya tidak terbuka semasa di bakar.
6.  Bakar di dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 175C selama 15minit.  Pasang kipas oven supaya puff masak dengan sekata.
7.  Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan dan di isi dengan buttercream.

Cara-cara  : 
1.  Putar krimell dan mentega hingga kembang dan gebu.  Masukkan gula aising, golden syrup dan butter flavour putar hingga bergaul rata.
2.  Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam pastry horns.
Cream Horns Pastry Puff

Koleh Ubi Keledek Ungu

$
0
0

Koleh Ubi Keledek Ungu
Sumber :  Dari Dapur Kak Yah

Bahannya
500 gm ubi keledek ungu
500 ml santan (santan pekat campur air)
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 biji telur
Sedikit garam
2 helai daun pandan
1 sudu besar minyak masak

Loyang 6 x 6 dialas dengan plastik

Cara-cara :
1.  Rebus ubi dengan garam sehingga empuk dan tinggal sedikit airnya.  Lenyek bersama saki baki air yang sedikit itu.
2.  Masak santan, gula dan daun pandan hingga naik wap saja.  Sejukkan sebentar dan keluarkan daun pandan.
3.  Satukan santan bersama tepung beras, minyak masak dan ubi tadi ke dalam periuk tebal atau kuali tembaga.  Kacau atas api perlahan sehingga pekat dan berkilat dan tidak melekat di tepi kuali.
4.  Tuang ke dalam loyang tadi, ratakan.  Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam.  Sedia untuk dipotong.

Nota :  Ubi keledek boleh diganti dengan ubi badak ungu, keledek oren atau ubi keladi.
Koleh Ubi Keledek Ungu

Baklava Puff

$
0
0

Baklava Puff
Sumber : Juicy Cafe
Olahan : K1

Bahan-bahan
5 keping pastry puff 8 x 8in

Bahan A - Campuran Kekacang
130 gm pistachios
200 gm walnut
200 gm badam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
Kisar hampir halus - bakar 10 minit

Bahan B - Sirap Kayu Manis
1/2 biji lemon - sagat kulit dan ambil 2 sudu besar jusnya
100 gm gula kastor
100 gm madu
1 batang kulit kayu manis
100 ml air
2 sudu kecil air mawar *

Hiasan - 20 gm pistachios cincang

Cara-cara :
1. Satukan bahan A bersama parutan kulit lemon, serbuk kayu manis dan 2 sudu besar gula kastor, gaul sebati.  Ketepikan.

2.  Masak bahan B kecuali air mawar hingga mendidih dan gula larut, tapis dan keluarkan kulit kayu manis.  Sejukkan dan masukkan air mawar.  Ketepikan.

3.  Keluarkan pastry puff dari peti sejuk dan biarkan lembut.  Potong pastry puff  dengan pizza cutter atau pisau tajam kepada 16 potongan empat segi.  8 kepingan tanpa potongan dan 8 kepingan di potong silang X tetapi jangan sampai putus.  Supaya pastry puff tidak melekat, jangan keluarkan plastik alasnya semasa memotong.

4.  Letakkan kepingan yang di potong silang ke atas kepingan tanpa potongan.  Menggunakan hujung pisau, buka lipatan silang X ke 4 penjuru.
5.  Sudukan 2 sudu kecil campuran kekacang di tengahnya.  Setelah selesai, tekan bahagian tepi puff menggunakan garfu supaya tidak terbuka sewaktu di bakar.
6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan terdahulu dengan suhu 180C selama 15 - 20 minit atau sehingga keperangan.  Pasang kipas oven supaya puff masak sekata.
7.  Keluarkan dari oven dan curahkan sirap ke atas setiap kepingan baklava menggunakan sudu kecil.
8.  Sejukkan baklava, taburkan pistachios cincang sebagai hiasan.

Baklava Puff

Apam Gula Hangus

$
0
0

Apam Gula Hangus

Bahan-bahan
200gm gula pasir
200ml air panas
1 sudu besar mentega
2 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
200gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bikabonat

Cara-cara :
1.  Masak gula pasir dalam periuk tebal hingga perang.  Tutup api dan tuang air panas di tepi periuk sedikit demi sedikit supaya tidak terpercik.  Kacau hingga rata.  Masukkan mentega dan kacau hingga cair.  Kemudian masukkan susu pekat manis.  Kacau sebati dan biarkan karamel sejuk.  Ketepikan.
2.  Ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat.
3.  Pukul telur hingga kembang dan gebu, masukkan tepung berselang seli dengan karamel dan whisk hingga licin dan sebati.
4.  Masukkan adunan 1/2 penuh ke dalam acuan.  Panaskan pengukus dan kukus selama 10-15 minit.
5.  Angkat dan keluarkan dari acuan.
Apam Gula Hangus


Apam Mawar

$
0
0

Apam Mawar

Bahan-bahan
250gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
150gm gula kaster
2 biji telur
1/2 sudu kecil ovalette
200ml susu cair
50ml minyak masak
1/4 sudu teh garam
Pewarna dan perisa yang di sukai

Acuan mawar - gris dengan sedikit minyak

Cara-cara :
1.  Ayak tepung, garam dan baking powder.
2.  Pukul telur, gula dan ovalette hingga putih dan gebu.  Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair sambil di putar hingga bergaul rata.
3.  Masukkan minyak, gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian, masukkan perisa dan pewarna.
4.  Tuang ke dalam acuan 3/4 penuh.  Kukus selama 10-15 minit dengan api perlahan supaya tidak merekah.
Apam Mawar

Onde-Onde / Buah Melaka

$
0
0

Onde-Onde / Buah Melaka

Bahan-bahan
250gm tepung pulut
50gm tepung beras
1 ketul gula melaka di potong kiub kecil
5 helai daun pandan di kisar bersama 250ml air** (di tambah atau di kurang mengikut kesesuaian adunan)
sedikit pewarna hijau
1/2 tsp garam
kelapa parut muda di gaul dengan sedikit garam

Cara-cara :
1.  Satukan tepung pulut, tepung beras dan garam.  Masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
2.  Masak air hingga mendidih.  Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan letak potongan gula melaka di tengahnya.  Bulatkan kembali  dan rebus di dalam air mendidih tadi.  Biarkan adunan timbul di permukaan air, angkat dengan penapis dan golekkan ke atas parutan kelapa parut.
 Onde-Onde / Buah Melaka
Viewing all 1300 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>