Quantcast
Channel: Resipi Citarasawan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1300

Kek Lapis Kukus Serikaya Putih Telur

$
0
0
Kek Lapis Kukus Serikaya Putih Telur

Bahan-bahan
400ml putih telur
180gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh ovalet
1/2 sudu teh esen vanila
160gm tepung gandum
20gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
50ml santan pekat KARA atau jenama lain
50ml mentega cair

Serikaya
6 biji telur
200ml santan / susu cair
200gm gula pasir
2 sudu teh tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanila

4 Loyang 8 x 8 di alas dan di gris dengan mentega cair

Cara-cara :
1.  Pukul putih telur hingga berbuih.  Masukkan gula pasir, ovalet, garam dan esen vanila.  Pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
2.  Ayak tepung gandum dan baking powder.  Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan putih telur  berselang seli dengan santan dan mentega cair sambil di putar dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
3.   Bahagikan adunan kepada 4 bahagian yang sama banyak.  Tuang dan ratakan ke dalam loyang.
4.  Kukus di dalam pengukus yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit hingga masak.  Buat hingga habis.
5.  Serikaya :  Campur dan sebatikan semua bahan,  tapis ke dalam periuk.  Masak dengan api perlahan hingga pekat.  Sejukkan dahulu.
6.  Sapu setiap lapisan kek dengan serikaya dan lapiskan.
 Kek Lapis Kukus Serikaya Putih Telur

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1300

Trending Articles


Kahwin Ganti


Luahan Hati Cikgu Tuisyen


Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru


Cadangan bina jambatan konkrit elak ancaman bahaya murid SK Sungai Kapit


Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu


Semakan Keputusan STPM 2016 Online Penggal 1


Shhh… I Love You


Kad bude bice - epizoda 2


Awek Melayu Tayang Body Mantap Untuk Lelaki Di Laman Sosial


(TAHNIAH)Jaclyn Victor Sudah Kahwini Shawn Rivera 17 Julai Lalu